tlg klik

Wednesday, January 27, 2010

Penyelewengan dalaman ancam sektor korporat

AMALAN penipuan dalam syarikat terus menjadi ancaman serius kepada sektor korporat di negara ini kerana menyebabkan kerugian besar kepada syarikatyang terbabit akibat daripada amalan tidak bermoral pekerja mereka.

Antara bentuk penipuan yang biasa dilakukan adalah mencuri wang tunai
syarikat, mengambil stok barangan, menipu tuntutan perbelanjaan dan melakukan rasuah.

Firma audit dan percukaian, KPMG,
dalam laporan kaji-selidik mengenai amalan penipuan dalam syarikat mendedahkan 49 peratus daripada syarikattempatan yang dikaji mengalami sekurang-kurangnya satu kejadian penipuan.KPMG menghantar soalan kaji selidik itu kepada 1,125 syarikat tersenarai serta 100 syarikat persendirian utama di negara ini, yang mana sejumlah 175 jawapan diterima.


Kaji selidik itu meliputi tempoh dari Januari 2006 hingga Disember 2008.

Ketua KPMG Forensic Malaysia, Tan Kim Chuan, berkata 47 peratus daripada responden yang berdepan kes penipuan
dalam syarikat mendedahkan kerugian akibat daripada amalan itu berjumlah RM63.95 juta.

Beliau berkata, jumlah kerugian itu dianggarkan lebih tinggi memandangkan baki 53 peratus responden tidak pasti mengenai jumlah kerugian yang mereka alami.

“Mengejar kemewahan hidup atau tamak dan masalah
kewangan peribadi menjadi dua punca utama yang menyebabkan pekerja menipu syarikatsendiri,” katanya ketika membentangkan Laporan Kaji selidik Penipuan KPMG Malaysia 2009, di Kuala Lumpur.

Laporan itu dilancarkan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar. Hadir sama, Pengarah Eksekutif KPMG Malaysia, Ooi Woon Chee.

Tan berkata, kaji selidik itu turut mendedahkan risiko berlakunya penipuan
dalam syarikat dijangkakan lebih tinggi berikutan krisis kewangan dengan 78 peratus daripada responden menyatakan penipuan penyata kewangan juga akan meningkat.

“Ketika ekonomi lemah, pengurus dan pekerja berdepan cabaran lebih sukar berbanding sebelum ini iaitu dalam bentuk masalah peribadi, kewangan dan tekanan di tempat kerja, ditambah kebimbangan keadaan masa depan yang tidak menentu.

“Tekanan sebegini boleh mendorong individu melakukan penipuan,” katanya.

Tan berkata, kawalan dalaman yang lemah menjadi punca utama berlakunya amalan tidak bertanggungjawab, diikuti konspirasi antara pekerja dengan pihak ketiga dan kurang beretika.

“Penipuan selalunya berlaku
dalam syarikat terbabit dalam sektor perkilangan, pembinaan dan kejuruteraan atau produk pengguna,” katanya.


dipetik dari : www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Ekonomi/20100112

No comments:

Post a Comment