Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah
dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...
kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal
ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucingdan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si
pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa
yang
belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang
sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul
bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan
diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan
sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan
anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si
ibu
juga
begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup
semula
pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua
tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.
No comments:
Post a Comment