tlg klik

Wednesday, November 18, 2009

ade jgk mcm ini

tok penghulu jgn main2

Jenazah Latip yang mati dibunuh itu diusung ke tanah perkuburan oleh
orang-orang kampung. Sewaktu jenazah tersebut hendak dikebumikan, hujan
turun mencurah-curah dengan tiba-tiba. Maka, segala kerja terpaksalah
dilaksanakan dengan pantas kerana semakin lama hujan tersebut semakin lebat.

Malam itu Derus tak dapat melelapkan matanya. Nak duduk salah, berdiri pun
salah. Akhirnya Derus nekad. Tepat pukul 12 tengah malam, Derus mengambil
beberapa peralatannya dan terus menuju ke kawasan perkuburan. Sasarannya
hanya satu, kubur Latip!

Dengan tenang, Derus menyalakan lampu pelitanya dan dia pun memulakan kerja
menggali semula kubur tersebut. Peluh dingin tak henti-henti mengalir dari
badannya... ... namun Derus masih lagi dengan nekadnya. Dia menguatkan
semangatnya dan terus menggali kubur Latip yang masih baru itu.

KUK!! Mata cangkul Derus mengenai sesuatu. Derus tahu dia sudah hampir
sangat dengan mayat Latip. Derus harus berhati-hati. Separuh dari usahanya
kini telah berjaya.

Derus melompat naik ke atas semula untuk berehat seketika. Sejurus kemudian,
dia melompat ke dalam kubur semula sambil tangan kanannya memegang kemas
sebatang lilin yang sudah sedia terpasang. Derus meninjau-ninjau keadaan di
sekitar tempat jenazah Latip disemadikan sambil sekali-sekala tangannya
menguis-nguis tanah di sekitar tempat persemadian tersebut. Derus mula
mendengus dengan penuh rasa tak puas hati sambil matanya masih lagi meliar
mencari sesuatu.

Dengan tiba-tiba ,suasana di kawasan perkuburan itu menjadi riuh-rendah.
Berpuluh-puluh cahaya lampu suluh menyuluh ke arah muka Derus yang masih
lagi berada di dalam kubur Latip. Derus tersentak!

"Ooo... ini rupanya kerja engkau ye Derus! Engkau dah takda kerja lain ke,
hah?!"Tok Penghulu terus menyergah dengan marah.

"Tapi tok... . tapi... ."

"Takde tapi-tapi! Engkau naik sekarang jugak! Naik aku kata!"Tok Penghulu
kelihatan betul-betul marah. Semua yang berada di situ tak berani nak
bersuara... .. malah ada antara mereka yang terpaksa menahan kentut kerana
terlalu takut pada Tok Penghulu yang sedang marah itu. Dengan perlahan-lahan
Derus melompat naik ke atas kubur.

"Tapi tok... saya cuma nak cari... .."

"Cari apa?! Cari minyak dagu, hah?! Carik apa?! Carik ini?! Hiyarkhh!!" Tok
Penghulu terus menumbuk lutut Derus sehingga menyebabkan Derus terpelanting.
Tak cukup dengan itu, Tok Penghulu terus menampar siku Derus sekuat hati
sehingga menyebabkan mulut Derus berdarah.

"Tok Penghulu... .. tok... .. cuba lihat benda tu!" Tiba-tiba suara Lokman
mencelah sambil tangannya menyuluh ke arah satu benda yang terdapat di dalam
kubur Latip. Lokman terus melompat ke dalam kubur dan mengambil barang
tersebut yang kelihatan separuh tertanam berhampiran dengan jenazah Latip.
Lokman segera menyerahkan benda tersebut kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu
tergamam seketika.

"Err... . ini ke benda yang kau carik tu Derus?"Tanya Tok Penghulu pada Derus
yang hampir-hampir cedera parah setelah dibelasahnya tadi.

"Iye tok. Itu ... ... itu dompet saya. Duit saya semua ada kat dalam tu.
Kalau tak ambik balik, macam mana saya nak belikan susu untuk anak saya kat
rumah tu."Jawab Derus dengan nada yang lemah.

Oleh kerana merasa malu dengan tindakannya yang tanpa usul periksa itu, Tok
Penghulu akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Tok Penghulu dan kemudian
beliau memohon pula jawatan sebagai operator pengeluaran di salah sebuah
kilang membuat selipar Jepun.

Sekian... ..

kenal kn dirimu dgn Islam

Bismismillah ar-Rahman ar-Rahim

Apa itu ISLAM?
Bukan beriman kepada hukum kemanusian,Berteraskan Keharmonian, dan KEIMANAN KUAT KEPADA TUHAN YANG SATU (orang yang berserah diri kepada Allah),

siapa itu Allah?
Allah adalah tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi,dan tiada seorang pun yang setara denganNya, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dari segala kuasa-kuasa yang ada.

(Surah Al-Ikhlas)
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."


Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah : "Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik
(Surah Al-Baqarah 2:135)





Dan orang-orang yang tidak mengetahui berkata: "Mengapa Allah tidak (langsung) berbicara dengan kami atau datang tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada kami?" Demikian pula orang-orang yang sebelum mereka telah mengatakan seperti ucapan mereka itu; hati mereka serupa. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Kami kepada kaum yang yakin.
--
Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: “Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?” Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.

(Surah Al Baqarah 2:118)



Apa Itu Quran?
Wahyu Allah yang disampaikan oleh Muhammad s.a.w (Rasul yang terakhir di kalangan-kalangan nabi). Panduan(petunjuk) yang SEMPURNA untuk kehidupan Manusia.

Dia(Allah) menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,
(surah Ali Imran 3:3)



"Bukan golongan Arab itu lebih mulia dari bukan arab dan bukan berbangsa putih juga lebih mulia daripada berkulit hitam,begitu juga dengan bangsa kulit hitam juga bukan lebih mulia dari bangsa berkulit putih, TETAPI MEREKA YANG MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH ITULAH YANG AKAN DILIHAT."



Maka karena itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah[1343] sebagai mana diperintahkan kepadamu dan janganlah mengikuti hawa nafsu mereka dan katakanlah: "Aku beriman kepada semua Kitab yang diturunkan Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah-lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu, Allah mengumpulkan antara kita dan kepada-Nyalah kembali (kita)."
(Surah Asy syuura 42:15)



"..... Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. ...."
(Surah Al Maa'idah 5:3)


Waalallahulam.

Dikarang oleh Ihya-Ulumiddin

Friday, November 13, 2009

kisah iktibar utk yg dah bekerja~!

PUNCH CARD --- korang biasa dengar dan tau benda nih kan? dan korang
biasa meminta kawan2 tolong punch kalo korang lewat sampai ofis kan? atau
kalo korang nak balik awal? alasan korang sebab takut dan tak nak punch card
tuh tulisan warna merah.. ye la nanti satu keje la pulak nak ngadap bos
then create alasan kenapa merah.. kalo ade alasan munasabah macam traffic
jam ke bole la kot.. tp kalo korang bangun lambat? takkan nak bg alasan tuh
kat bos kan? mesti bos marah.. tak pasal2 kena brain wash pepagi buta kat
opis..


TAPI korang tau tak risiko yang akan korang dapat kalo mintak tolong
punch card? bukan risiko kat diri korang je.. risiko skali kat kawan yang dah
baik ati tolong korang punch card tuh.. kesian kawan tuh..

Kawan aku -- Ali (bukan nama sebenar) lewat datang keje... then minta la
Amat (bukan nama sebenar) punch kan.. then Amat tolong la.. tup-tup on
da way nak sampai opis tuh Ali accident.. mula-mula dia koma then 2 ari lepas
tuh dia meninggal dunia.. apa yang menyedihkan. . bila isteri Ali nak buat
tuntutan..banyak tuntutan tidak diluluskan.. macam nak buat pampasan ke
kuarkan KWSP ke apa2 la yg bole waris tuntut bila seseorang tuh meninggal.. korang
tau tak kenapa susah?? sebab dalam punch card tuh memBUKTIkan Ali berada
dalam opis pada waktu yang sama dia accident.. so opis nak luluskan pampasan
dan everything camana? opis bole luluskan JIKA ada sape2 yang mengaku dah
tolong Ali punch card.. Amat tak nak mengaku.. ye la.. kalo dia ngaku
dia mesti kena tindakan tatatertib kan? silap2 dia kena buang keje.. so smpi
skang pampasan tak dapat.. yang susah isteri Ali.. dah la tak bekerja then
anak dah ade 2 lak tuh.. nak kuarkan KWSP pon hadapi masalah yg sama..

Korang nak ke perkara yang sama berlaku kat diri korang dan kawan
korang? kalo la korang mintak punch then jadi pape kat korang tgh jalan sape
nak bertanggungjawab? for sure la kawan yang tolong punch card tuh tak nak
mengaku.. ye la kita dah tolong sat lagi kita yang kena tanggung?? kalo
kena denda je tak pe la.. sat lg siap kena buang keje mana mau cari
keje??? yang si kawan yang tolong tuh pulak mesti seumur idup akan rasa bersalah..
kalo accident just patah kaki je bole la lagi tak dikisahkan tapi kalo dah
melibatkan nyawa ni.. walaupon niat nak tolong tapi biar la mcm org tua
cakap.. buat baik berpada-pada. . jgn buat baik tak kira tempat.. nanti
susah kat sendiri.. so aku just nak mintak tolong kat korang sume..
jangan la buat keje nih lagi.. tolong fikir ajal maut kita tak tau.. mungkin kita
mati pas tuh dah tak de pape tanggungjawab. .. tapi org yg idup.. mcm keluarga
kita.. nak tuntut pape susah.. korang nak ke mcm tuh? mesti korang tak nak
famili korang susah kan? aku harap mulai sekarang.. kalo korang datang lewat
macamana sekalipon.. punch card la sendiri.. biarla bos marah sekali
pon.. tapi jangan menyusahkan diri org lain.. dan diri sendiri.. tolongla
diri sendiri dan kalo nak tolong kawan2 pon biar la kena tempatnya.. next
time..kalo korang rasa dah lewat tuh.. call la bos bg tau lewat sampai then
jumpa bos bila dah sampai.. kalo korang rasa nak balik awal lak.. mintak la
time off atau permission kuar awal dari bos.. atau minta jer la cuti
ke?..jangan la main kuar suka2 ati je..



aku amik dari syok.org